Tuesday, April 10, 2012

berat

macam mana nak mula ni..huh. berat sangat nak luah. susah nak ungkap dengan kata-kata.
lama tak update belog. jiwa kacau. sesakk.ambik masa yang sesuai baru buleh tulis.
now, keadaan dah semakin reda. 

acctually, putus cinta.

kawan-kawan yang bagi aku bangkit, terima kasih kawan. kalau tak dak hampa,mebi aku dah gila dengan life aku. apa yang aku lalui semua ni mungkin ada hikmah. banyak sangat pengajaran yang aku dapat. ok tutup buku, buka buku baru. 

"Aku menangis, bukan kerana aku memerlukanmu, bukan kerana aku mahu kau kembali kepadaku ,tetapi kerana aku akhirnya menyedari aku terpaksa belajar melepaskan kau pergi.

Aku akhirnya dapat menerima perpisahan kita dan benar-benar percaya bahawa aku boleh hidup tanpamu. Aku akhirnya dapat menerima tragedi cinta kita.

Soal hati tiada paksaan, tiada undang-undang.

Tiada kasih yang lebih manis daripada kasih cinta dan tiada kasih yang lebih ngeri daripada putus cinta.

Cinta sejati ialah apabila kita masih mampu tersenyum , sambil mendoakan kebahagiaan untuknya walaupun jika terpaksa melepaskannya pergi.

Orang yang putus cinta sering berakhir dengan air mata :'(

Cinta yang tak berbalas itu umpama layang-layang putus talinya.

Soal cinta adalah soal hati, ia juga soal jodoh.Manusia hanya merancang tetapi tuhan yang menentukan segalanya.

Sejauh dan sedalamnya cinta kita terhadap orang,kalau ia tidak berbalas,sukar untuk mengakhirinya dengan perkahwinan.

Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.

Kahwini orang yang lebih mencintai diri kita, daripada kita mencintai diri orang lain. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian  kita sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Melupai seseorang amat sukar.

Cinta akan hidup bersama dengan waktu,apabila waktu itu mati,maka matilah cinta itu."

OK Stop, jangan nak jiwang sangat buleh dak?

aku berterima kasih sangat-sangat kat kawan aku mazni yang selalu dengan aku waktu aku sedih,hepi.huk.sayang hang weii! and tak lupa kat Eryn yang sudi berkongsi cerita duka. sama-sama kita rasa,sama-sama kita ambil iktibar ok. hope our friendship never end :')

notakaki : nak kawen memang susah, tapi nak bercinta pun ingat senang ka? err. mud jiwang karat dah habeh. lepas ni buleh enjoyy! FREEDOM :)

No comments:

Post a Comment