Sunday, May 13, 2012

tiada tajuk

Assalamualaikum, lama tak muntahkan kata-kata kat blog. bukan tiada masa tapi tiada idea nak curahkan, dalam erti kata lain no words. haha. hat tu reti na.

Perasaan aku pada masa sekarang sangatlah bergolak-gadai. perasaan apa tu? aku pun tak pasti.habis tu yang yang sebut pasepa dah tak tau.so annoying.

Semakin hari semakin bahagia dengan life aku sekarang. asal tulis blog saja nak cerita pasal keadaan aku sekarang. lantak ah, aku punya suka la. Semakin selesa,senang sangat-sangat, apa nak buat, nak kemana, semua boleh buat dengan hati yang tenang.My life is better than yesterday.

Mari kita sama-sama muhasabah kan diri 

Dalam hidup,

Kadang-kadang, kerana terlalu sayang dengan seseorang, Allah ambil dia dari kita. Allah jarakkan kita dengan dengan seseorang.

  • Untuk uji kita.

Masihkah kita sayang pada yang mengurniakan rasa sayang itu? Masihkah kita sayang pada yang menganugerahkan rasa sayang itu? Dan masihkah kita percaya pada aturan dia?
  • Untuk sedarkan kita.
Bahawa ada dia yang perlu lebih kita sayangi, lebih dari segala-galanya.

Dan kadang-kadang, Allah ambil juga kembali orang-orang yang tidak kita hargai. Saat Allah jarakkan kita, lalu timbul rasa rindu dan menyesal. Itu bukan untuk menghukumi kita. Tapi untuk memberi pengajaran, bahawa bila kita mahu menyayangi mereka, Allah akan mengambil mereka untuk disayangi lebih dari yang kita mahu kita lakukan.

Pelik bukan? bagaimana kita boleh menyayangi seseorang itu dengan sepenuh hati?

Ya Allah Ya Rabbi, Kekalkanlah apa yang terbaik untuk ku . Dan bawa pergilah apa yang tidak baik untuk diri ku , Dan jikalau dia jodohku, kekalkanlah persahabatan kami ini. Dan jikalau dia bukan jodoh ku , pisahkan lah kami dengan cara yang baik supaya tiada rasa sakit di hati kami berdua.

Sesungguhnya Engkau tahu apa yang ada di dalam hati ku ini. Amin.


*Mencintai seseorang dalam diam adalah lebih elok kerana ianya satu doa. Dan Allah sering mempertimbangkan usaha dan doa hambanya :')

mereka sayang-sayang saya :'D



No comments:

Post a Comment