Alhamdulillah.
rinduuuuuuuuuu huk :'(
perasaan bercampur baur
cintaku pada Tuhan adalah kerana aku ciptaan Nya
cintaku terhadap seseorang itu adalah kerana perasaan yang diciptaNya
terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku
memberi seribu harapan
memberi seribu sinar bahagia
kita menyulam rasa bersama
mencipta memori-memori indah
menyemai kasih bersama
tapi hanya untuk sekejap sahaja
sebak..
terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku
rinduuu rinduuu
terima kasih kerana kau pernah hadir dalam hidupku,
terima kasih kerana kau pernah mengucapkan kata sayang untukku
terima kasih kerana kau pernah menghadirkan rasa rindu dalam hatiku
terima kasih kerana kau pernah meminjamkan aku sedikit rasa biarpun seketika
terima kasih kerana kau pernah membuatku menitiskan air mata
terima kasih satu aspresiasi buat dirimu
aku bersyukur kerana telah dipertemukan denganmu
dan aku bersyukur kerana pernah mencintai dirimu
terima kasih kerana hanya itu mampu ku beri
kerana aku tak terdaya lagi
untuk memberi curahan kasih untukmu
kerana kini aku sedar
aku tidak layak untukmu
aku tidak punya ciri kemahuanmu
aku bukanlah insan yang dalam carianmu
siapalah aku untuk bersemayam di singgahsana bersamamu
Aku sedar semua itu
tapi aku tidak lupa untuk berterima kasih kepadamu
kerana kau pernah mewarnai hidupku
Ingatlah aku untuk selamanya
kerana aku mencintaimu sepenuh hatiku
meskipun kau bukan untukku
aku bahagia asalkan kau bahagia
kerna aku cinta, aku lepaskan kamu
terima kasih untuk selamanya :')
SR,MII
No comments:
Post a Comment