Assalamualaikum,
Orang cakap kalau suka kat seseorang jangan terlalu suka sangat. Simpan suka tu sikit untuk diri sendiri. Bak kata orang, suka diri sendiri dulu baru suka dekat orang lain. Hek eleh cakap senang la tapi kalau dah tersuka sangat nak buat camna kan? bulih kawai ka? bulih memang bulih tapi jenuh jugak la kann.
Kejadian baru sangat-sangat berlaku, berlaku lepas aku clash dengan ex bf.
Seumur hidup aku, aku susah nak suka kat mana-mana lelaki, tapi bila sekali dah aku tersuka...siappp! Maksud aku suka gila babun, kipas susah mati, suka nak mampuih, wakaka.Kalau dah suka tu peduli apa perigi cari timba, timba cari kolah.Yang aku tau, aku nak kenal dengan dia, nak tau nombor telefon dia, asal mana tu tak penting sangat, dan yang paling advance search dekat fb and add as friends kakakaka!
Aku ada kenal dengan one guy ni, hensem gila, muka jambu, dressing stylo, soft spoken, senyum dia ya ampunn..bulih buat hati aku yang fragile tadi jadi cayaq. Dan yang paling penting dia tinggal sekampung dengan aku, ya sekampung.
Actually sebelum ni aku tak berapa kenal sangat mamat ni even dia tinggal sekampung dengan aku. Masa aku upper six dulu, dia ada kacau kacau main miskol miskol, sms aku. Tapi time tu aku tak berapa nak layan sangat lah sebab dia tak bagitau identiti sebenar dia. Dia cakap rumah nenek dia dekat rumah aku, dia belajar dekat politeknik, kebetulan waktu tu dia tengah cuti semester. Rumah nenek? actually rumah dia sendiri. So,aku abaikan saja, tak kisah la rumah sapa pun, aku bukan kenai hang pun.
Beberapa tahun kemudian,
Dalam masa yang sama aku baru sangat-sangat clash dengan bf, kemudian ada nombor baru miskol aku. Aik,baru sangat clash dah ada yang nak masuk line.haha, aku pun layankan ja oleh sebab hati ku time tu tengah rabak luka berdarah. Bila sms, calling calling,aku pun macam dah tersuka dekat dia, kebetulan waktu tu dia baru seminggu clash dengan girlfriend, aku rasa macam ada peluang lah kann.
Seperti yang aku sebut diatas dia ni jenis yang soft spoken, bila dia cakap so romentik.haha. bila dah suka apa yang dia buat semua ok, semua bagus, semua yang baik-baik saja.
Dia ajak keluar, so aku ikut saja, kami ke Mekdi, dia belanja dan yang paling aku teruja ,dia suruh aku duduk dekat meja and dia serve semua kat aku. ahh gentlemannya mamat ni, haha seriosly since aku couple dengan mamat yang bajett ustaz tu aku tak pernah merasa dilayan sebegini, makanya perasaan teruja tu membuak-buak lahhh! Lepas makan, balik terus, tak melencong mana-mana pun sebab dia p dengan kawan-kawan dia,so aku tak mau la rosakkan program dia dengan kawan-kawan dia..pfft!, masa balik tu dia nak hantar aku sampai kereta,aku kata "tak payah la, bukan tak reti nak balik" haha. dia kata "Ok,Assalamualaikum" bagi salam beb dengan senyum yang manis serta gigi siong dia tu aku melting sekali lagi ,tersentap disiteww!
Then seminggu kemudian aku rasa dia dah bosan dengan aku kot, bla bla bla dia bagi alasan aku tua daripada dia. What? tua? hello, aku tua berapa bulan ja kot dengan hang! Then dia macam buat tak layan ja kat aku, maybe dia buat aku ni macam skandal dia ja kot, bila sunyi di cari, bila tak sunyi di biar macam tu ja.erkk janganlah nak emo sangat ok. Okay aku terima seadanya,mungkin bukan jodoh aku.
From that moment, aku nekad buat keputusan tak mau contact dah dengan dia, biar la apa jadi sekali pun. Aku tak mahu rabak berkali-kali,cukup la. Aku tak mau lagi suka dia, aku frust gila, aku ingat dia jodoh aku, sampai aku tengok signboard tempat keja dia pun aku jadi meluat nak tengok. Seriously memang susah nak lupa. Well biasala pompuan kampung macam aku ni sekali jatuh cinta susah nak lupa, tak banyak pilihan kann. werkk! Aku tau la aku tak macam Lisa Surihani, cuma macam Tiz Zaqyah ja.WAKAKAKAKA, ABAI kan Tiz Zaqyah tu.HAHA, Sakit hati woi bila di rijek.
And now,
Syukur sangat-sangat sebab ada kawan-kawan yang sentiasa dengar luahan aku,masalah dan yang paling utama depa suka bagi aku gelak sampai aku lupa semua masalah aku. Bestt sangat ada kawan macam hampa weh Mazni dengan Arin. Benda nampak senang tapi bukan senang. Tapi aku percaya benda benda ni akan mengajar kita erti kehidupan yang sebenar. Ajar kita tentang satu kenyataan ,benda yang kita nak tak semestinya kita dapat. is it right?
Tapi, aku dah removed dia dari friends fb aku, Sorry aku nak add balik and kalau u add, sorry aku nak accept. Jangan harap! Tapi dia still contact aku lagi, eleh dia contact pun time dia bosan ja, faham sangat dah. Kalau aku rasa aku bosan, aku layan kan ja but no feeling feeling.
p/s : rabak yang pertama aku cerita lain hari, yang tu bukan takat rabak, carik, koyak, tampung jait balik. ahh pedih, tak sanggup nak kenang balik. rabak yang ini kira okay lagi laa .
sgt menarik :)
ReplyDeleteaku suka penulisan hang.boleh bwk ketengah lag.tambah2 kalau ada nama aku dgn mazni lg.wakakakaka :p
ReplyDeleteSalam nak tanya , awak ada beli jubah irine ?
ReplyDeletecikerynn : tengkiu sygs :)
ReplyDeletepasaipa dia tak mau kat hang? pasai hang ada ciri yang dia tak suka, tapi dia tak gamak nak habag. dan ciri tak best dekat diri dia hang belum nampak sebab hang tengah syok.
ReplyDeleteabaikanlah dia
hahaha. yang bajet ustaz tue lar yang baguih. x payah nak romantik2 lar. dah menikah nanti ang nak romantik sampai mati pon x pa. apa barang suami ang dapat barang second hand. barang yang orang dah penah sentuh. x limited edition lar weh. yang limited edition tue lar yang org jaga. barang second hand nie orang buat main jaa. murah.
ReplyDeleteyg bajet ustaz 2 ada sebab lain aku kata dia "bajet ustaz" padahai nk menyetan ja keja dia.haha.ha betoi 2 barang second hand org buat main ja.haha.
ReplyDeleteanon : mebi la ada benda yg dia tak suka kt aku.haha.yes aku dah abaikan dia pun. haha. berjaya2!
ReplyDelete