Hi guys,
Kehidupan aku sekarang lebih tertumpu kepada drama-drama di tv untuk mengisi kebosanan yang menghantui diri.wakaka ayat tak bole belah laa..- im a drama queen. wahahaha
Actually aku baru ja layan Bukan Bidadari ni, sekali layan pehhh! setiap selasa pukul 9 malam mesti nak hadap tv.Kagum dengan heronya sama Azlee Khairi kihkih.Sinopsis ;
Inas seorang gadis kaya yang mempunyai sikap manja dan sombong mendapati hidupnya menjadi tunggang langgang setelah kematian bapanya. Inas dan ibunya, Suraya resah apabila mengetahui arwah ayahnya mempunyai banyak hutangdan mereka tidak ditinggalkan sebarang harta untuk meneruskan kehidupan.
Tanpa arah tujuan, mereka pulang ke kampung Suraya dan tinggal bersama kakak Suraya,Hawa.Inas begitu membenci kehidupannya di kampung dan menyalahkan ibu dan arwah bapanya atas tragedi yang menimpa dirinya. Namun ada seorang pemuda di kampung,Kamal telah jatuh hati pada Inas dan sanggup buat apa sahaja agar Inas hidup bahagia di kampung.
Nasib Inas tidak habis disitu apabila dia diperkosa oleh bekas teman lelakinya, Shidi yang datang mencarinya di kampung. Tidak lama kemudian Inas mendapati dirinya mengandung.Kamal cuba untuk membantu Inas tetapi Inas terlalu degil demi mencapai cita-citanya untuk keluar daripada kampung itu dan mencari kebahagiaannya sendiri sehingga dia sanggup meninggalkan anak yang dilahirkan.
Sementara itu, semasa di Kuala Lumpur,Inas telah bertemu dengan Arif, anak usahawan yang kacak dan berbudi pekerti. Akhirnya Inas berkahwin dengan Arif tanpa mendapatkan restu daripada ibunya.Malangnya, selepas berkahwin dengan putera hatinya, baru lah dia sedar yang Arif seorang yang baran dan sering mendera emosi dan fizikal Inas.
Beberapa kali Inas cuba melarikan diri tetapi tidak berjaya. Disebabkan tidak sanggup menerima siksaan daripada Arif, Inas telah mempelajari seni mempertahankan diri secara senyap-senyap.Akhirnya Inas berjaya melepaskan dirinya dengan membunuh Arif. Inas pulang ke kampung mencari ibunya dan Kamal. Namun hampa hatinya apabila mendapati Kamal sudah menjadi tunangan orang.Apakah nasib Inas seterusnya? Masih adakah peluang ke dua buatnya untuk bertakhta di hati Kamal? Adakah Arif telah meninggal dunia seperti sangkaan Inas?
Seriously tak sabar nak tau ending cita ni..heee, sama gak dengan ending Dejavu Di Kinabalu. Daripada aku layan perasaan yang tak tentu hala, baik aku layan drama and feeling macam aku la heroin. wakakaka. Sekarang aku sedang berbahagia dengan diri sendiri, love to love myself :)
No comments:
Post a Comment