Sunday, July 15, 2012

jangan izinkan aku jatuh cinta

Ya Allah,
Andai masanya belum tiba,
jangan izinkan aku jatuh cinta,
aku memohon agar kau tunjukkan jalan,
agar kau tunjukkan jalan,
agar kau tunjukkan aku tuntutan yang perlu aku lakukan,
jauhkan lah aku daripada kemaksiatan,
jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
dan jauhkanlah aku daripada perkara yang engkau murkai,
agar aku dapat menjaga diri,

Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padamu,
jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada dalam dirinya,
maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya Allah,
dan jika dia mencintai aku,
Biarlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
kerana dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga,


Ya Allah,
jika ini bukan masanya,
jika ini belum saatnya,
dan jika kau tahu kami belum bersedia,
selamatkan kami,
jarakkan kami,
pisahkan kami,
agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
agar kami tidak mengundang murkaMu,
agar kami dapat lebih menjaga hati,
agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya Allah,
Andai dia bukan untukku,
andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
berikanlah dia insan yang benar terbaik buat kehidupannya,
insan yang benar mampu untuk memimpinmu ke syurgamu
dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku
agar aku kukuh dalam mencari cintamu.
Amin..

* sebak *

No comments:

Post a Comment