Dalam hidup ini, kita akan sampai satu fasa yang kita panggil sebagai looking forward to a marriage. Belum sampai tahap berkahwin lagi, tapi ini fasa belum berkahwin. Fasa ini akan mula tercari-cari siapakah yang sudah pun dituliskan namanya bersama kita di Luh Mahfuz oleh Allah.
Pada fasa ini kita di dedahkan kepada pelbagai macam pilihan. Ada yang berkenan tapi dia tak berkenan kat kita. Ada yang kita tak berkenan tapi dia berkenan kat kita. Ada yang kita tak berkenan dan hek eleh macam lah dia berkenan kat kita. Bajet hotsetap pahal?
Aku rasa susahnya nak move on. Tujuh bulan berlalu tapi aku rasakan macam baru tujuh minggu. Kenapa?kenapa?
Bukan aku nak patah balik tapi susah nau nak lupa, even aku selalu cakap yang aku sebenarnya dah boleh move on dan boleh terima insan lain dalam hidup. tak semudah itu. di luarnya tenang tapi tuhan saja tahu.
Sekarang ni, kalau mahukan jodoh yang baik, jadilah orang yang baik untuk diri sendiri dulu. Ini bukan janji manusia, tapi janji Tuhan. Betul, jodoh sudah ditetapkan. Dan untuk itu, aku sudah berlapang dada menerima segala yang ditentukan untuk aku. Dan aku akan hanya setia, kasih dan cinta pada insan yang bergelar suami.
*Teruskan berdoa.*
No comments:
Post a Comment