Tuesday, October 9, 2012

Perkara-perkara yang saya belajar dalam perhubungan

Saya mula mengenal erti cinta (terhadap jejaka / pakwe / lelaki) dalam lingkungan usia 20 dan 23 tahun. Dari cinta monyet kepada cinta beruk dan akhirnya cinta manusia, semuanya telah saya lalui.

Cinta itu fitrah.

Saya akui, ada beberapa aspek dalam perhubungan yang saya pelajari semasa melalui semua kisah cinta saya itu. Saya senaraikan di sini perkara-perkara yang saya pelajari tersebut.

Percaya
Sebagai seorang manusia yang egois, saya cuma percayakan diri saya sahaja. Adalah amat sukar bagi saya mahu mempercayai orang lain. Bagi saya, cuma diri saya yang mampu berlaku jujur dengan saya, bukan orang lain.

Oleh itu, nilai kepercayaan pada saya adalah sangat mahal. Menerima seseorang dalam hidup yakni bercinta adalah satu perkara besar bagi saya. Itu bererti saya sudah bersedia untuk menyerahkan kepercayaan terhadap diri saya kepada orang lain.


gambar hiasan :p

Orang Ketiga
Salah satu sebab untuk hubungan berantakan. Orang ketiga bisa hadir sebab orang pertama ataupun orang kedua yang gatal testis / biji menjemput mereka hadir dalam perhubungan mereka. Saya sendiri pernah menjadi orang ketiga dalam perhubungan orang dan orang ketiga juga pernah muncul dalam perhubungan saya.

Secara mudahnya, saya sudah pernah berada dalam situasi tersebut. Seronok menguji cinta 'sejati' orang, tapi bila kena batang hidung sendiri, saya sendiri pun rasa faktab gila babi. Oleh itu, tak ada yang baiknya bila melibatkan orang ketiga.

Jarak
Jarak ni memainkan peranan jugak sebenarnya. Ada jenis manusia yang perlu pasangan dia sentiasa dekat dengan dia baru lah dia rasa perhubungan dia berjaya.

Ada pulak yang tak kisah walau terpaksa berjauhan. LDR / PJJ, singkatan untuk Long Distance Relationship ataupun Perhubungan Jarak Jauh adalah salah satu bentuk perhubungan yang agak sukar dilaksanakan sekiranya anda tak mampu commit dalam perhubungan jenis ini.

Biasanya, dua elemen penting ; Kepercayaan dan Kejujuran main peranan penting. Maklumlah, dah jauh, ada-ada jelah setan barang seekor dua datang nak mencuba pasangan anda. Tak lupa juga orang ketiga. Saya sendiri masih berada dalam perhubungan jenis ini. Anda bagaimana?

Diri Sendiri
Ini berkenaan kehendak seseorang. Dalam sesetengah kes, saya yang bertindak untuk keluar dari sesuatu perhubungan atas sebab tidak serasi, tak sefahaman, tak sebulu dan tak sepadan.

Percayalah, ini semua bullshit. Ada masanya, seseorang akan merasa bosan dengan perhubungan yang sedia ada dan bertindak untuk blah dari perhubungan tu.

Perkara yang saya belajar adalah ; kita yang menentukan sebenarnya samada perhubungan kita akan berjaya atau tidak. Kita sendiri yang menentukan. Alasan-alasan yang diberikan saya sebentar tadi adalah klise semata-mata.

Setakat ni jela kupasan saya mengenai isu perhubungan ni. Banyak lagi nak dikupas, malangnya saya bukanlah seorang mampu mengekspresikan pandangan saya dalam bentuk aksara panjang lebar. 
Chalo!




No comments:

Post a Comment