Assalam. Bismillahirahmanirahim.
Lama gila tak bloging. baru lepas cuci sawang ni. puhpuh acccomm! debuu! dah la aku resedung. srehhhh...
Bila mood menulis aku datang, aku rasa tenang, selesa dengan keadaan aku sekarang. Banyak benda aku nak story kat sini dan banyak kejadian yang merentap hati jiwa dan sanubari kewanitaan aku.
Kronologi hidup aku antara Mac 2013 hingga Mei 2013 :
Brapa hari bulan aku tak ingat -
Dapat news yang agak mengejutkan dari kawan aku yang mulanya hanya kenal di alam maya saja. Seorang yang gila-gila tapi baik hati. Sangat baik hati dan jujur. Aku bukan saja-saja nak kipas/puji tapi memang aku nak puji lah disebabkan kejujurannya telah menyelamatkan kehidupan kakak aku daripada dianiaya atau teraniaya ataupun sebaliknya. who knows. tak perlu aku nak cerita dengan lebih detail kerna apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya. Alhamdulillah, semoga tuhan membalas jasa baik saudara.
April. Terus ingat lagu Dr.Fazley - Bila April.
Sabtu 20 April 2013 bersamaan 9 Jamadilakhir 1434H dalam lingkungan jam 6 petang.
Aku dan kakak berada di KFC, hujung minggu kan, saja keluar cari fast food.
Seperti biasa abah ke bukit sibuk dengan lembu-lembu peliharaannya dan emak ikut abah dari belakang dengan menaiki motosikal abah, abah di depan sedang tarik lembunya untuk ditambat. Hari tu abah kuat bekerja, penat lelahnya langsung tak di endahkan, yang penting kerjanya mesti siap, tinggal seekor lagi lembu yang belum dibawa ke bendang ( sawah ).
Mak cakap, kalau penat berhenti lah. Abah memalingkan mukanya ke belakang ke arah emak yang sedang follow nya dengan moto, muka abah merah padam. letih yang amat agaknya. bisik hati kecil mak.
Abah dah sampai di bukit ( tempat untuk menambat lembu ) mak jauh abah tinggal di belakang.
Mak sampai di tempat abah menambat lembu, mak tengok abah dah terbaring. Mak terus berlari ke arah abah, mak tengok nafas abah tersekat-sekat. Mak jadi tak tentu arah, tapi mak dapat tahu kondisi abah waktu itu. Mak hanya mampu suruh abah sebut laaailahailallahh..Nafas abah terhenti di pangkuan mak. Mak meraung panggil abah. Mak telefon jiran, dan jiran bawa abah ke hospital.
Kebetulan mak bawa handphone. Selalunya mak tak penah bawa handphone kalau keluar dekat-dekat rumah. Mak telefon kakak, mak jadi tak tentu arah. Aku dan kakak segera bergegas pulang. Dalam perjalanan pulang, Ya Allah, hanya tuhan saja yang tahu, jalan raya jammed. di depan treller panjang gila. Hanya mampu sabar sabar dan sabar.
Sampai di rumah aku tengok ramai jiran-jiran ke rumah. aku siap-siap apa yang patut untuk bawa ke hospital mana tahu nak bermalam disana. Kami terus menuju ke hospital.
Sampai di hospital, seorang doktor perempuan berbangsa cina datang bertanya dekat mak, sebelum ni abah ada mengadu sakit-sakit dada , pening-pening kepala ataupun sebaliknya. mak jawab tak ada langsung. memang tak ada langsung. abah kuat bekerja, abah tak pernah sikit pun merungut.
Kemudian doktor cakap, dia memang dah tak ada. aku tak dapat gambarkan perasaan mak, kakak dan aku pada waktu itu. tapi mak kuat. mak kuat. aku dan kakak kuat. dan aku tak dapat gambarkan adik aku yang berada di asrama. Ya Allah..sungguh besar ujianMu.
Aku cuba menenangkan perasaan aku. air mata langsung tak dapat dibendung lagi. tapi aku cuba positifkan fikiran aku, kalau aku tak kuat, aku tak redha dengan ketentuan Allah. Aku kena kuat untuk mak,kakak dan adik. Aku ke sekolah adik, untuk bawa adik pulang. Aku terpaksa menipu adik ku dengan memberitahu yang abah masuk hospital, pengsan di bukit dan aku pun suruh wardennya jangan beritahu perkara sebenar.
Sampai di perkarangan kecemasan, datang seorang jiran cakap..terus ke bilik mayat terus ke bilik mayat. adik aku yang belum tahu hal sebenar terkedu, tergamam, terus datang memeluk aku. lemah longlai. masuk dalam bilik mayat, aku dan adik berada disisi jasad abah yang terkujur. aku sentuh muka abah. abah seperti orang sedang tidur. Kami tak boleh lama-lama dalam bilik mayat, aku dan adik keluar, adik meronta-ronta cakap pasepa abah p cepat sangat huhuhu. aku mampu peluk adik seerat mungkin.aku mampu cakap tuhan lebih sayangkan abah.
Semalaman aku membacakan kitab suci al-quran, hadiah buat abah. hanya itu yang aku mampu. aku redha. arwah abah selamat disembahyangkan dengan jemaah yang sangat ramai, tak pernah seramai itu sebelum2 ini.tokwan aku cakap, kemudian selamat dikebumikan. semoga arwah abah dicucuri rahmat. sebelum tu, wajah abah semasa sedang dikafankan, abah nampak seakan tersenyum,tapi wajah dan tubuh abah kebiru-biruan disebabkan serangan jantung yang dialaminya. Saluran darah pecah. abah telah menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan mudah.
Hari ini baru 21 hari abah pergi tinggalkan kami .Semoga damai di sana dalam dakapan mahabbahNya
Maafkan adik andai terleka memberi sedekah kalimah Allah kepadamu ,Maafkan adik sekiranya tidak sempat membalas jasamu .Allah, cucurilah rahmatMu kepada insan istimewa bernama Saad Ibrahim
yang akan sentiasa aku rindui. Abah, kami ingin berjumpa walau dalam mimpi. Aku sentiasa doakan semoga kita sekeluarga akan bertemu semula di Jannatul Firdaus.Insha allah. amin amin ya robbalalamin.
24 April 2013
Aku turun ke sawah bersama mak sedara tengok lembu arwah untuk dijual. dapat satu panggilan telefon. aku dapat tawaran kerja. tapi aku tolak, sebab aku berat hati nak tinggal mak sorang-sorang dirumah.sebenarnya tawaran tu dua minggu sebelum panggilan lagi aku dapat. tapi aku malas nak isi dan aku tak mahu berjauhan dengan keluarga dan tunang tercinta. aku cakap keputusan muktamad, saya tak terima jawatan tu even kerja dengan goverment. ahh, mungkin bukan rezeki aku. letak telefon.
Sekali lagi aku dapat panggilan telefon dari nombor yang sama, tapi kali ni suara lelaki. dia seakan merayu mintak aku terima jawatan tersebut dan nak aku bagi reason yang kukuh. okay takpa, aku cerita why aku tolak jawatan tu. kemudian dia cakap, takpa cik, jawatan ni hanya lapor diri saja di tanah besar, tapi bertugasnya di langkawi. aku fikir lagi. hmm. takpa, saya balik fikir dulu, sekarang saya bukan dekat rumah, 15 minit lagi saya call balik ya. dah balik rumah, aku story lah dekat mak. mak izinkan aku kerja tu. sebabnya di langkawi jugak. takpa mak kata. ni rezeki hang. jangan tolak. then, aku segera call semula encik tadi. dan keputusan muktamad saya terima.
25 April 2013
Menuju ke tanah besar lapor diri. Alhamdulillah mujur ada bakal keluarga baru yang sudi menolong. bawa ke klinik buat medical check up hantar ke tempat yang aku dan kakak nak p. dan terus menerus calling tanya aku dah sampai ka belum. terima kasih ya pakcik dan makcik.
28 April 2013
Mula bekerja dan aku rasakan diri aku yang baru, semangat baru,aku kena kuat. aku kan superwoman. neahh.perasan p sat.alhamdulillah persekitaran kerja yang selesa, rakan sekerja yang baik dan selesa. syukur syukur :) aku harap tak ada masalah sangat lah. masalah sikit-sikit tu biasalah, kerja kan..kerja apa yang tak susah, even keja tukang sapu sampah pun ada masalah, masalah orang suka buat sampah. hehe.
Kalau abah masih ada, mesti abah bangga anak dia dapat keja dengan gomen. hehe. tapi aku selalu merasakan yang abah tengah tengok aku ,mak ,kakak dan adik dari jauh :')
Kini hanya kenangan yang masih lagi berbaki. Tiada lagi kata-kata nasihat dan senyuman dari seorang lelaki yang sentiasa teguh dengan agama dan pendiriannya. Hanya didikan dan kasih sayangnya sentiasa dihati kami sekeluarga. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang soleh. Al-Fatihah..
Gambar kenangan terakhir bersama arwah abah. 15 Mac 2013. Untuk pengetahuan, ni la satu-satunya gambar yang abah senyum,selalunya dia serious ja bila nak tangkap gambar, dan time ni dia beria-ria panggil mak and kak ajak bergambar bersama, sayangnya time ni adik tak balik :(
***********************************************************
11 Mei 2013
Alhamdulillah aku selamat story kronologi life aku sepanjang April sampai hari ini.
Kami sekeluarga redha dengan apa yang berlaku. Kita hanya manusia biasa, kita semua akan ke sana juga, cuma belum tahu bila masanya. Jadi kita perlu sentiasa persiapkan diri dengan amalan-amalan untuk dibawa kesana. DaripadaNya kita datang, kepadaNya kita kembali. Hidup jangan menongkat langit,kelak tongkatmu patah, baru kau tahu langit tinggi rendah. Baru kau tahu apa rasanya hidup dihempap langit.
Jutaan terima kasih buat tunang tercinta Mohamad Fairuz yang tak henti henti memberi kata semangat. Sayang abang sangat-sangat tahu? :') Terima kasih tuhan kerana menyatukan hatiku dengan hatinya. Semoga perasaan ini kekal selamanya. Amin. more than words.
Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang tak henti ucap takziah. kawan yang tak kenal, yang kenal tapi tak pernah cakap, kawan alam maya. terima kasih atas kebelambunan notification dekat fb dan instagram. hehe. Alhamdulillah tuhan mengurniakan teman-teman seperti kalian.terima kasih kepada jiran tetangga, adik beradik,sepupu sepapat yang banyak membantu sepanjang majlis pengkebumian dan terima kasih atas segalanya. Hanya tuhan yang dapat membalas jasa baik kalian.
aku rasa ni la entry paling panjang gilos yang penah aku tulis. hehe. bule tidoq dah. nite! see you di next entry. Insha allah i will always update my current life. ceh ceh ayat bajet retis.puii. even aku tadak top readers tapi aku sapa silent reader aku tuu.. shh.. haha.
just stay strong.
No comments:
Post a Comment